Tuesday, June 29, 2010

TEORI LUBANG HITAM


Apa sebenarnya yang dikatakan “lubang hitam” itu? Lubang hitam (black hole) merupakan suatu lokasi/ tempat/ di cakerawala yang mempunyai tarikan graviti yang sangat dahsyat, sehingga cahaya (yang bergerak dalam garis lurus) pun akan “disedut” masuk. Bayangkan kekuatan apakah yang dapat “membelokkan” pergerakan cahaya?

Setakat manakah kekuatan graviti lubang hitam? Untuk mudah memahaminya, cuba bayangkan jika kita meletakkan satu tin minuman ringan seperti Pepsi dan sebagainya, di atas permukaan tanah. Kemudian graviti seumpama lubang hitam dikenakan pada tin tersebut, maka sudah pastilah tin itu akan serta merta menjadi penyek dari atas ke bawah disebabkan graviti yang “KUAT”. Ini juga bermakna manusia tidak akan dapat berdiri!! (berat badan menjadi beribu malah berjuta kali ganda).

Lebih dahsyat lagi ialah, bukan sahaja cahaya yang mampu “disedutnya”, dikatakan juga garis masa pun akan “terherot” akibat dari kuasa graviti yang tidak terperi. Dikatakan juga, untuk selamat dari sedutan graviti lubang hitam, sesuatu entiti itu harus berada sejauh 500 tahun cahaya! (perjalanan cahaya selama 500 tahun). Dapatkah kita membayangkan sejauh manakah jarak itu? Sebagai tambahan, menurut anggaran ahli-ahli sains astro-fizik, terdapat mungkin beribu malah berjuta-juta lubang hitam bertaburan diseluruh cakerawala. Dan jika setiap satu lubang hitam memerlukan jarak selamat sejauh 500 tahun cahaya (anggaran), maka berapa luaskah alam cakerawala?! Bukti apakah lagi yang diperlukan untuk manusia sujud menyembah Allah?

BAGAIMANA TERBENTUKNYA LUBANG HITAM?

Sebenarnya tidak dapat dipastikan bagaimana proses sebenar kejadian lubang hitam yang sangat “mengerikan” dengan kekuatannya yang begitu super.

Teori Awal

Orang-orang yang mendalami bidang astrofizik tahu bahawa antara fenomena yang paling menakjubkan di angkasa ialah lubang hitam (black hole).Para santis astrofizik berpandangan bahawa lubang hitam terjadi setelah berlakunya “kematian” bintang bersaiz super-raksasa (beribu-ribu kali saiz matahari), iaitu terjadinya letupan “supernova” yang kemudiannnya meninggalkan “teras” dikenali bintang kerdil putih (Neutron Star) yang semakin mengecut mengikut masa, kemudiannya semakin padat.Dikatakan jirim dari teras itu mengalami kepadatan yang amat dahsyat sehingga apabila jika diambil jirim-jirim tersebut walau sebesar kepala jarum lalu diletakkan di permukaan bumi, maka serta merta ia akan tenggelam jauh ke dalam tanah akibat beratnya yang terlampau.

Pengecutan teras tadi terus berlaku lalu membentuk super-graviti yang menarik apa sahaja termasuk partikel cahaya. Kuasa graviti ini sangat kuat sehinggakan cahaya yang mempunyai kelajuan kira-kira 300,000 km/j pun tidak mampu melepaskan diri. Mana-mana cahaya yang melintasi lubang hitam pasti akan disedutnya. Begitu juga bintang-bintang dan planet lain yang berdekatan akan turut “dibaham” lubang hitam. Lubang hitam juga dikenali sebagai tempat dimana bintang-bintang berjatuhan.

Kewujudan lubang hitam adalah bersimpulkan dari fakta bahawa ianya umpama pusaran air yang menarik segala jirim, memancarkan gelombang radiasi serta menelan cahaya dan bintang yang ada berdekatan dengannya. Menurut Stephen Hawking, kajian tentang lubang-lubang hitam adalah yang paling menarik. Stephen Hawking mengemukakan fakta bahawa lubang hitam memancarkan radiasi (yang kemudiannya dikenali sebagai Radiasi Hawking) dengan merujuk kepada hukum tenaga (physical laws of energy).

Setiap yang hidup pasti mati. Tidak terkecuali bintang-bintang kerana mereka juga “makhluk”. Mereka juga tidak lepas dari hukum lahir dan mati. Semasa sesebuah bintang “dilahirkan” di suatu penjuru cakerawala, yang lain pula mengucapkan selamat tinggal, “kami pergi dahulu, tetapi Pencipta Agung tetap abadi, dan penciptaanNya tetap berlangsung.”

Tuesday, May 18, 2010

Cheating In Exams – How Students Are

Cheating In Exams – How Students Are

Almost every student out there dream about getting A grade. Some students succeed because of their hard work in studies but lazy and weak students are always looking for shortcuts. They are trying to find methods of cheating in exams. Students shouldn’t use any illegal method to pass in examinations, because it can destroy your future. So pay you full attention on your studies not at cheating.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Do Your Best....

Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU DAN GOTONG ROYONG PERDANA 2010

Sukacitanya dimaklumkan bahawa gotong royong perdana untuk semua sekolah di seluruh tanah air akan diadakan pada 15Mei,2010 sempena perayaan Hari Guru pada tahun ini.Sekolah kita juga terlibat yang akan melibatkan PIBG, penduduk setempat, MPPG, Bomba dan Polis. Yakni ianya dapat mengeratkan silaturahim seluruh warga sekolah dangan masyarakat setempat. Juga ianya dapat membantu meningkatkan aspek 3K selain dari memerangi nyamuk dan vektor-vektor lain untuk mencegah penularan wabak-wabak seperti Dengue, Chikungunya, Malaria, H1N1 dan lain-lain seumpanya.

SELAMAT HARI GURU

Pada 16 Mei ini, negara menyambut Hari Guru bagi menghargai peranan golongan ini dalam pembangunan negara. Tema bagi sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa.' Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada 16 Mei 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara. Dokumen yang dikenali sebagai Laporan Razak itu kemudiannya menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sejak 16 Mei 1972, Hari Guru disambut di seluruh negara sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion perguruan. Sambutan berkenaan juga bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA HARI ISNIN 17 MEI 2010
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK SMK PASIR GUDANG 3.

Monday, April 19, 2010

PAMERAN SAINS SEMPENA MINGGU SAINS 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PAMERAN SUDUT FIZIK-Sempena Minggu Sains 2010 SMK PASIR GUDANG 3, 6 kumpulan pelajar fizik telah mneyertai pameran sains selama 2 hari 12 April 2010 hingga 14 April 2010. Pelajar-pelajar telah menunjukkan kreativiti bakat masing-masing dalam bidang sains. Tahniah!!

Tajuk : Light
Kumpulan ini diwakili oleh Nik Mohamad Amirul, Mohan, Ahmad Farkhan dan Mohd Haikal dari kelas 4ST. Satu meja kauorang pakai yeek. Main teropong-teropong je. (Tu Periscope laa..)
Tajuk : Bernoulli's Principle.
Diwakili oleh Syikhah Bte Ahmad Zawawi, Indah Nurhiqmatin, Mas Idayu dan Nur Ain dari kelas 4ST lagi... p/s Bola ping pong tu nanti terapung laa..orang nye mana?? Apa la kauorang ni..

Yang ini pulak, telur rebus tu nanti masuk la kat dalam balang tu..pastu diorang sedut balik telur tu..yang cermin segitiga tu adalah "kaleidoskop. Diwakili oleh pelajar-pelajar 5LK iaitu Nur Aqilah, Masitah, Nurazhana dan Nur Hidayah.
Diwakili oleh pelajar 5ST, Mohammad Ridhwan, Muhammad Hasbullah, Karthik dan Rashvindran. Tajuk Elektromagnet. Ade current, ada magnet katanya.

Gambar dibawah hanya sekadar hiasan. Tajuknya relationship between depth and pressure. Diwakili Oleh Maya, Shanti dan dua lagi rakan dari kelas 5ST.
Diwakili oleh pelajar-pelajar 5LK iaitu Siti Hajar, Nur Aini, Nur Izzani dan Nur Fazilah dari kelas 5LK.Dengan Tajuk JET PROPULSION. Ganas sikit tajuk ni..Botol air tu nanti berpusing apabila air keluar dengan laju melalui straw.
Terima Kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian. Teruskan dengan pameran yang lebih menarik pada tahun hadapan. Jangan lupa juga kepada Guru Pembimbing kamu semua..Siapa yek cikgu tu..he he..dapat hadiah nanti hulur-hulur sikit..

Tuesday, April 13, 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ROKET AIR SASARAN TERBAIK 2010


Sempena Minggu Sains & Matematik, Pertandingan Roket Air Sasaran Terbaik telah diadakan dengan jayanya pada 12 April 2010 di padang SMK Pasir Gudang 3. Seramai 15 pasukan telah mengambil bahagian.



Pemenang Pertandingan Roket Air Sasaran Terbaik

Tempat Pertama :
MUHAMMAD HURAIRAH B RAHMAT - 5LK
Jarak : 80.1 meter

Tempat Kedua :
MOHAN A/L VERAPPAN - 4ST
AHMAD FARKHAN BIN MOHD TERMIZI - 4ST
Jarak : 73.6 meter

Tempat Ketiga :
NURUL FARAH HANY BINTI MADON - 5IT2
MUHAMAD FAID B AZMAN - 5IT2
Jarak : 54.8 meter


Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang mengambil bahagian.

Tuesday, April 6, 2010

BERITA: Jabatan Pengajian Politeknik Terima 125,000 Permohonan Online


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengajian Politeknik menerima kira-kira 125,000 permohonan on-line untuk kemasukan pelajar ke 27 buah politekniknya di seluruh negara bagi pengambilan Julai 2010.

Sambutan yang cukup menggalakkan daripada pemohon dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia adalah disebabkan oleh penyelarasan latihan industri yang kukuh pengajian politeknik itu yang mantap, kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, Ketua Pengarah jabatan Datuk Imran Idris baru-baru ini berkata pengajian politeknik banyak membantu usaha kerajaan menaikkan status negara dari negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi sejajar dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Jabatan itu juga sedang menggerakkan institusi politeknik untuk menjadi Pusat Teknologi dan Pusat Kecemerlangan yang memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah.

Kenaikan taraf politeknik dan institusi negara itu secara keseluruhannya akan dapat mengurangkan kebergantungan industri pada tenaga teknikal asing, kata kenyataan itu. - BERNAMA