Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU DAN GOTONG ROYONG PERDANA 2010

Sukacitanya dimaklumkan bahawa gotong royong perdana untuk semua sekolah di seluruh tanah air akan diadakan pada 15Mei,2010 sempena perayaan Hari Guru pada tahun ini.Sekolah kita juga terlibat yang akan melibatkan PIBG, penduduk setempat, MPPG, Bomba dan Polis. Yakni ianya dapat mengeratkan silaturahim seluruh warga sekolah dangan masyarakat setempat. Juga ianya dapat membantu meningkatkan aspek 3K selain dari memerangi nyamuk dan vektor-vektor lain untuk mencegah penularan wabak-wabak seperti Dengue, Chikungunya, Malaria, H1N1 dan lain-lain seumpanya.

SELAMAT HARI GURU

Pada 16 Mei ini, negara menyambut Hari Guru bagi menghargai peranan golongan ini dalam pembangunan negara. Tema bagi sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa.' Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada 16 Mei 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara. Dokumen yang dikenali sebagai Laporan Razak itu kemudiannya menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sejak 16 Mei 1972, Hari Guru disambut di seluruh negara sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion perguruan. Sambutan berkenaan juga bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN PADA HARI ISNIN 17 MEI 2010
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK SMK PASIR GUDANG 3.

No comments:

Post a Comment