Monday, November 9, 2009

Broadband?


Salam Perpaduan..
Ramai juga dikalangan rakan-rakan dan pelajar yang bertanya apa itu Broadband? Ramai yang mengaitkan Broadband ni celcom Broadband atau Maxis Broadband. Sekarang ni boleh dikatakan ramai dikalangan rakan-rakan guru yang dah "berbroadband" ni..hu hu..

Broadband adalah nama yang diberikan kepada sistem yang direka untuk penghantaran data elektronik pada kelajuan yang tinggi. Bayangkan paip yang membawa bekalan air ke rumah kita setiap hari. Sekiranya kita hendak lebih banyak air dihantar ke rumah dengan lebih pantas, maka kita perlukan paip yang lebih lebar. Revolusi Broadband ini adalah mengenai peningkatan dalam perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna melalui internet.

Apa kelebihannya?

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak muatturun bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi. Sebagai pelajar atau pendidik di alaf baru ini, kita seharusnya memanfaatkan kemudahan yang diberikan.

Perlu kita sedar, bahawa maklumat yang diperolehi melalui teknologi ini, bukan sahaja untuk bekerja. Hiburan, on-line gaming, download grafik, muzik dan banyak lagi akiviti yang boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya jika anda sedar fungsi dan rahsia di sebalik aktiviti ini.

P/s: Tahun depan kerajaan Malaysia akan lancarkan HSBB pulak. (High Speed Broadband).

Wassalam..

No comments:

Post a Comment