Jumaat 6 november 2009 07.00 pagi.
Solat Hajat Anjuran Panitia Pendidikan IslamMenjelang peperiksaan SPM yang tidak berapa lama lagi ini, Panitia Pendidikan Islam SMK Pasir Gudang 3, mengambil langkah awal dalam usaha bersama-sama para calon peperiksaan SPM untuk mencipta kejayaan masing-masing. Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah dipimpin oleh Ustaz Adhar Bin Baharim, selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam. Program ceramah motivasi juga telah diadakan membincangkan mengenai kefahaman belajar sebagai ibadah, motivasi dalam belajar dan cabaran serta cara menangani stress ketika belajar.
Tips Menghadapi PeperiksaanSebelum Peperiksaan :
Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi disusun mengikut topik
Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
Bina dan jawab soalan daripada nota.
Semak soalan-soalan yang lepas
Jumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa
Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
Hari Peperiksaan :
Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
Datang awal ke dewan peperiksaan
Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
Semasa Peperiksaan :
Baca arahan dengan teliti.
Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
Baca setiap soalan dengan teliti.
Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan
Selepas Peperiksaan :
Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
p/s Semoga amalan kita diterima ALLAH
Kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan.....semoga berjaya dan
mendapat keputusan yang cemerlang...