Wednesday, November 18, 2009

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010


Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009 yang lalu.Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

* Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
* Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

Iklan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf akan disiarkan pada 31 Januari 2010.

Nombor Unik ID

* Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
* Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 12 Oktober sehingga 13 November 2009, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.

Permohonan

* Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 FASA 1.
* Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.

Maklumat


* Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
* Bagi mengetahui cara pengiraan merit sila lihat di Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011.
* Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2010/2011 ini dibuat melalui Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
* Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Tarikh Tutup


* Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM akan ditutup pada 30 Mac 2010.
* Bagi mereka di bawah kategori C dan D tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Mac 2010 juga.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

Para pemohon lepasan SPM dan setaraf yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA dijangka akan mendaftar sebagai pelajar baru pada 26 dan 27 Jun 2010

Monday, November 9, 2009

Broadband?


Salam Perpaduan..
Ramai juga dikalangan rakan-rakan dan pelajar yang bertanya apa itu Broadband? Ramai yang mengaitkan Broadband ni celcom Broadband atau Maxis Broadband. Sekarang ni boleh dikatakan ramai dikalangan rakan-rakan guru yang dah "berbroadband" ni..hu hu..

Broadband adalah nama yang diberikan kepada sistem yang direka untuk penghantaran data elektronik pada kelajuan yang tinggi. Bayangkan paip yang membawa bekalan air ke rumah kita setiap hari. Sekiranya kita hendak lebih banyak air dihantar ke rumah dengan lebih pantas, maka kita perlukan paip yang lebih lebar. Revolusi Broadband ini adalah mengenai peningkatan dalam perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna melalui internet.

Apa kelebihannya?

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak muatturun bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi. Sebagai pelajar atau pendidik di alaf baru ini, kita seharusnya memanfaatkan kemudahan yang diberikan.

Perlu kita sedar, bahawa maklumat yang diperolehi melalui teknologi ini, bukan sahaja untuk bekerja. Hiburan, on-line gaming, download grafik, muzik dan banyak lagi akiviti yang boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya jika anda sedar fungsi dan rahsia di sebalik aktiviti ini.

P/s: Tahun depan kerajaan Malaysia akan lancarkan HSBB pulak. (High Speed Broadband).

Wassalam..

Sunday, November 8, 2009

Solat Hajat Sempena SPM 2009 Dan Tips Menghadapi Peperiksaan


Jumaat 6 november 2009 07.00 pagi.
Solat Hajat Anjuran Panitia Pendidikan Islam

Menjelang peperiksaan SPM yang tidak berapa lama lagi ini, Panitia Pendidikan Islam SMK Pasir Gudang 3, mengambil langkah awal dalam usaha bersama-sama para calon peperiksaan SPM untuk mencipta kejayaan masing-masing. Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin telah dipimpin oleh Ustaz Adhar Bin Baharim, selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam. Program ceramah motivasi juga telah diadakan membincangkan mengenai kefahaman belajar sebagai ibadah, motivasi dalam belajar dan cabaran serta cara menangani stress ketika belajar.


Tips Menghadapi Peperiksaan

Sebelum Peperiksaan :Cat instinct avatar

Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi disusun mengikut topik
Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
Bina dan jawab soalan daripada nota.
Semak soalan-soalan yang lepas
Jumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa
Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas

Hari Peperiksaan :

Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
Datang awal ke dewan peperiksaan
Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

Semasa Peperiksaan :

Baca arahan dengan teliti.
Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
Baca setiap soalan dengan teliti.
Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan :

Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.


p/s Semoga amalan kita diterima ALLAH
Kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan.....semoga berjaya dan
mendapat keputusan yang cemerlang...