Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Rocket Launching Technology Challenge 2011 (PTPR2011)

The Rocket Launching Technology Challenge (PTPR) is an annual educational program organized by the National Space Agency (ANGKASA) in collaboration with the Division of Co-curriculum and Arts, the Ministry of Education and the University of Malaya. The competition has entered its 9th year ever since it was first introduced in 2003 as a pilot project. It is an advanced science educational program ahead of conventional secondary school curriculum in the country.

In this competition, students are required to create a perfect model of water rocket with 1.5 liter bottle of carbonated drinks in a very creative and innovative style in hopes that it will give minimum frictional forces. Subsequently, the water rocket model is launched into the sky to accomplish several missions by means of water rocket launcher tool with combination of air and water pressure. Indeed there are many scientific concepts and applications that need to be understood and adapted by the students before producing the water rocket.

PTPR2011 is back this year with high hopes and enthusiasm that it will create an onset of interest as well as creative and innovative mindset among young people in exploring the field of space science in line with the efforts of ANGKASA.

Friday, March 25, 2011

Penyelidik USM Berjaya Bangunkan Bahan Asas Pembuatan LED

GEORGE TOWN, 25 Mac -- Kejayaan dua penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan 'Nitrida 3' bakal menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama bahan asas pembuatan diod pemancar cahaya (LED).

Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik Profesor Zainuriah Hassan berkata penyelidikan bersama Profesor Haslan Abu Hassan sejak 2002 itu dijangka siap lima tahun lagi.

"Bahan asas itu (Nitrida 3) bukan sahaja tahan lasak berbanding bahan lain, malah menjimatkan serta jangka hayatnya adalah lebih panjang, iaitu selama 20 tahun berbanding lampu biasa," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Beliau berkata pihaknya menggunakan silikon kerana ia lebih murah berbanding nilam, iaitu bahan asas yang biasa digunakan untuk membuat LED.

Zainuriah berkata rakyat Malaysia berpeluang memiliki peralatan elektronik berasaskan LED seperti televisyen, lampu dan cakera padat 'blue ray' pada harga 40 peratus lebih murah jika Nitrida 3 dapat dihasilkan dan menjadi bahan asas pembuatan LED.

"Orang ramai juga dapat menonton filem kegemaran mereka dengan hanya menggunakan cakera padat sebesar wang 50 sen dengan teknologi cahaya ungu dan menjimatkan elektrik menerusi penggunaan lampu LED," katanya.

Sementara itu, Haslan berkata Nitrida 3 juga boleh digunakan secara komersial termasuk dalam bidang
komunikasi bawah laut serta ketenteraan sebagai alat pengesan musuh.

"Bagi kegunaan sebagai alat pengesan cahaya dan alat penyerap gas berbahaya, ia sedang dalam proses pembungkusan, dan kajian ini memerlukan jangka masa panjang kerana kos untuk menjalankan penyelidikan ini agak tinggi," katanya.

Beliau berkata pihaknya menggunakan geran penyelidikan daripada kerajaan sebanyak RM22 juta bagi membangunkan makmal canggih, Nano-Optoelectronics Research and Technology Laboratory atau lebih dikenali sebagai NOR LAB.

Tuesday, April 6, 2010

BERITA: Jabatan Pengajian Politeknik Terima 125,000 Permohonan Online


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengajian Politeknik menerima kira-kira 125,000 permohonan on-line untuk kemasukan pelajar ke 27 buah politekniknya di seluruh negara bagi pengambilan Julai 2010.

Sambutan yang cukup menggalakkan daripada pemohon dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia adalah disebabkan oleh penyelarasan latihan industri yang kukuh pengajian politeknik itu yang mantap, kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, Ketua Pengarah jabatan Datuk Imran Idris baru-baru ini berkata pengajian politeknik banyak membantu usaha kerajaan menaikkan status negara dari negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi sejajar dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Jabatan itu juga sedang menggerakkan institusi politeknik untuk menjadi Pusat Teknologi dan Pusat Kecemerlangan yang memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah.

Kenaikan taraf politeknik dan institusi negara itu secara keseluruhannya akan dapat mengurangkan kebergantungan industri pada tenaga teknikal asing, kata kenyataan itu. - BERNAMA