Friday, March 25, 2011

Penyelidik USM Berjaya Bangunkan Bahan Asas Pembuatan LED

GEORGE TOWN, 25 Mac -- Kejayaan dua penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan 'Nitrida 3' bakal menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama bahan asas pembuatan diod pemancar cahaya (LED).

Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik Profesor Zainuriah Hassan berkata penyelidikan bersama Profesor Haslan Abu Hassan sejak 2002 itu dijangka siap lima tahun lagi.

"Bahan asas itu (Nitrida 3) bukan sahaja tahan lasak berbanding bahan lain, malah menjimatkan serta jangka hayatnya adalah lebih panjang, iaitu selama 20 tahun berbanding lampu biasa," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Beliau berkata pihaknya menggunakan silikon kerana ia lebih murah berbanding nilam, iaitu bahan asas yang biasa digunakan untuk membuat LED.

Zainuriah berkata rakyat Malaysia berpeluang memiliki peralatan elektronik berasaskan LED seperti televisyen, lampu dan cakera padat 'blue ray' pada harga 40 peratus lebih murah jika Nitrida 3 dapat dihasilkan dan menjadi bahan asas pembuatan LED.

"Orang ramai juga dapat menonton filem kegemaran mereka dengan hanya menggunakan cakera padat sebesar wang 50 sen dengan teknologi cahaya ungu dan menjimatkan elektrik menerusi penggunaan lampu LED," katanya.

Sementara itu, Haslan berkata Nitrida 3 juga boleh digunakan secara komersial termasuk dalam bidang
komunikasi bawah laut serta ketenteraan sebagai alat pengesan musuh.

"Bagi kegunaan sebagai alat pengesan cahaya dan alat penyerap gas berbahaya, ia sedang dalam proses pembungkusan, dan kajian ini memerlukan jangka masa panjang kerana kos untuk menjalankan penyelidikan ini agak tinggi," katanya.

Beliau berkata pihaknya menggunakan geran penyelidikan daripada kerajaan sebanyak RM22 juta bagi membangunkan makmal canggih, Nano-Optoelectronics Research and Technology Laboratory atau lebih dikenali sebagai NOR LAB.

Monday, March 7, 2011

WEATHER CONTROL RED ALERT 2 BENAR-BENAR WUJUD??

Fakta tentang kewujudan suatu alat canggih yang dapat mengubah keadaan alam ini ternyata memang benar ??. Alat yang sebahagian besar orang beranggapan bahawa hanya ada di filem saja, ternyata itu merupakan kenyataan yang wajib diambil perhatian. Alat itu adalah sebuah program HAARP (High Frequency Active Auroral Research Program).

HAARP itu adalah suatu penyelidikan yang dilakukan oleh jabatan tentera Amerika yang bekerjasama dengan universiti-universiti terkemuka serta ahli sains dunia dengan tujuan untuk lebih maju dalam mempelajari fizik dan elektrik bumi kita.

Tujuaan jangka panjang adalah untuk digunakan dalam memudahkan komunikasi (tentera), juga untuk menangkis senjata (ancaman nuklear) yang di sasarkan untuk tujuan tertentu dengan mengganggu komunikasi radarnya, sehingga dapat membuat senjata tidak menepati sasaran..(sumber: phoenixaquua.blogspot.com)

Tapi selain itu, HAARP juga dapat mengatur cuaca melalui ionosphere, seperti membuat hujan, ribut, tsunami, dan masih banyak yang belum diketahui. Dikatakan bahwa projek ini mirip dengan beberapa pemanas ionospheric yang tersebar di seluruh dunia dan memiliki bahagian besar diagnostik instrumen yang memudahkan penggunaannya untuk meningkatkan pemahaman ilmiah yg berkenaan dengan ionosfir dinamik.

Walaupun takut akan digunakan sebagai senjata pemusnah kejahatan, ilmuwan yang terlibat dalam aeronomy, sains atau fizika plasma mengetepikan ketakutan ini sebagai teori yang tak berdasar.

Apakah Pengertian Ionosphere itu?

Ionosphere adalah bahagian teratas dan terpenting dalam atmosfer bumi kita. Ionosphere sangat penting karena dapat menapis radiasi cahaya matahari agar tidak langsung jatuh ke bumi.

Ionosphere berperanan dalam mengatur kadar radas dalam atmosfera dan membentuk inti dari tepi magnetosphere. Ionosphere juga memiliki kegunaan lain bagi manusia, iaitu mempengaruhi gelombang penyiaran radio jauh dari tempat-tempat yang ada di Bumi.

HAARP terletak di Alaska Amerika Lebih tepatnya lagi HAARP berada di Gakona, Alaska (latitude:62.39,longitude:145,15) yang terletak di barat Taman Nasional Wrangell-Saint Elias.

Kesan lingkungan yang disebabkan HAARP mencetuskan kenyataan benar untuk susunan hingga 180 antena yang akan didirikan. HAARP telah dibangun sebelumnya di halaman pemasangan radar yang bernama over-the-horizon.

KESAN HAARP

Fungsi HAARP adalah dengan memanaskan ionosphere yang ada di langit. Hal ini dapat memanipulasi keadaan langit disekitarnya, sehingga pada masa percubaan akan terjadi suatu yang tidak diingini misalnya terjadi ribut, gempa bumi, gangguan isyarat dan lain-lain.

Bahaya Di Masa Depan Kerana Dapat Mengatur Cuaca

Caranya dengan menentukan satu titik lokasi ionosphere yang akan dipanaskan, lalu tekanan yang berada di atmosfera juga akan naik. Maka tekanan yang terbentuk dikumpulkan di satu titik dan terbentuklah manipulasi jetstream (arus jet). Tapi HAARP belum sempurna dan masih dalam tahap ujian (di seluruh dunia). mencurigakan sekiranye HAARP sudah dalam tahap beta pada tahun 2004, ini terbukti ketika ribut tornado. Jika satu tahun jumlah maksimum ribut hanya terjadi 4 kali, tahun 2004 terjadi sebanyak 6 kali.

Bukti lain adalah ketidakstabilan cuaca ekstrim, yang telah rosak di setiap wilayah utama di Dunia selama beberapa tahun terakhir.

Asia Tengah dan Timur Tengah dilanda kekeringan. Empat ribut pemusnah dan hujan ribut tropika Alex, Ivan, Frances, Charley dan Jeanne telah terjadi secara berurutan, dalam waktu singkat.Belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah ribut di Caribbean, pulau Grenada benar-benar hancur: 37 orang meninggal dan sekitar dua pertiga dari pulau ini 100,000 jiwa telah kehilangan tempat tinggal; di Haiti, lebih dari dua ribu orang meninggal dan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Republik Dominika, Jamaika, Kuba, Bahama dan Florida juga telah hancur. Di Amerika, kerosakan di beberapa negara bahagian Selatan termasuk Florida, Alabama, Georgia, Mississippi dan Carolina merupakan yang tertinggi dalam sejarah AS. (phoenixaquua.blogspot.com)

Apabila ini disalahgunakan pada suatu masa nanti, dapat dipastikan bahawa negara pemilik HAARP ini (Amerika) sesuka hati dalam mengatur semua kehidupan manusia di bumi ini.

Mempengaruhi Fikiran Manusia

Dengan mengirimkan EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION ke otak manusia, HAARP boleh mengawal mood manusia.

Pada dasarnya otak besar manusia bekerja pada 1-30 Pulse/Sec-nya. Dan dalam putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz.

Delta (1-4/sec), Keadaan tidur

Theta (4-7/sec), Keadaan mengantuk atau baru bangun,

Alpha (7-12/sec), Keadaan Normal dan belajar

Beta (tak terkira), Keadaan Marah atau sedang dalam emosi yang tinggi (kaskus.us)

Info lanjut boleh juga didapati di sini http://www.kaskus.us/showthread.php?t=2044620

Video Ilustrasinya Alat Perubah Cuaca Ini :