Tuesday, June 29, 2010

TEORI LUBANG HITAM


Apa sebenarnya yang dikatakan “lubang hitam” itu? Lubang hitam (black hole) merupakan suatu lokasi/ tempat/ di cakerawala yang mempunyai tarikan graviti yang sangat dahsyat, sehingga cahaya (yang bergerak dalam garis lurus) pun akan “disedut” masuk. Bayangkan kekuatan apakah yang dapat “membelokkan” pergerakan cahaya?

Setakat manakah kekuatan graviti lubang hitam? Untuk mudah memahaminya, cuba bayangkan jika kita meletakkan satu tin minuman ringan seperti Pepsi dan sebagainya, di atas permukaan tanah. Kemudian graviti seumpama lubang hitam dikenakan pada tin tersebut, maka sudah pastilah tin itu akan serta merta menjadi penyek dari atas ke bawah disebabkan graviti yang “KUAT”. Ini juga bermakna manusia tidak akan dapat berdiri!! (berat badan menjadi beribu malah berjuta kali ganda).

Lebih dahsyat lagi ialah, bukan sahaja cahaya yang mampu “disedutnya”, dikatakan juga garis masa pun akan “terherot” akibat dari kuasa graviti yang tidak terperi. Dikatakan juga, untuk selamat dari sedutan graviti lubang hitam, sesuatu entiti itu harus berada sejauh 500 tahun cahaya! (perjalanan cahaya selama 500 tahun). Dapatkah kita membayangkan sejauh manakah jarak itu? Sebagai tambahan, menurut anggaran ahli-ahli sains astro-fizik, terdapat mungkin beribu malah berjuta-juta lubang hitam bertaburan diseluruh cakerawala. Dan jika setiap satu lubang hitam memerlukan jarak selamat sejauh 500 tahun cahaya (anggaran), maka berapa luaskah alam cakerawala?! Bukti apakah lagi yang diperlukan untuk manusia sujud menyembah Allah?

BAGAIMANA TERBENTUKNYA LUBANG HITAM?

Sebenarnya tidak dapat dipastikan bagaimana proses sebenar kejadian lubang hitam yang sangat “mengerikan” dengan kekuatannya yang begitu super.

Teori Awal

Orang-orang yang mendalami bidang astrofizik tahu bahawa antara fenomena yang paling menakjubkan di angkasa ialah lubang hitam (black hole).Para santis astrofizik berpandangan bahawa lubang hitam terjadi setelah berlakunya “kematian” bintang bersaiz super-raksasa (beribu-ribu kali saiz matahari), iaitu terjadinya letupan “supernova” yang kemudiannnya meninggalkan “teras” dikenali bintang kerdil putih (Neutron Star) yang semakin mengecut mengikut masa, kemudiannya semakin padat.Dikatakan jirim dari teras itu mengalami kepadatan yang amat dahsyat sehingga apabila jika diambil jirim-jirim tersebut walau sebesar kepala jarum lalu diletakkan di permukaan bumi, maka serta merta ia akan tenggelam jauh ke dalam tanah akibat beratnya yang terlampau.

Pengecutan teras tadi terus berlaku lalu membentuk super-graviti yang menarik apa sahaja termasuk partikel cahaya. Kuasa graviti ini sangat kuat sehinggakan cahaya yang mempunyai kelajuan kira-kira 300,000 km/j pun tidak mampu melepaskan diri. Mana-mana cahaya yang melintasi lubang hitam pasti akan disedutnya. Begitu juga bintang-bintang dan planet lain yang berdekatan akan turut “dibaham” lubang hitam. Lubang hitam juga dikenali sebagai tempat dimana bintang-bintang berjatuhan.

Kewujudan lubang hitam adalah bersimpulkan dari fakta bahawa ianya umpama pusaran air yang menarik segala jirim, memancarkan gelombang radiasi serta menelan cahaya dan bintang yang ada berdekatan dengannya. Menurut Stephen Hawking, kajian tentang lubang-lubang hitam adalah yang paling menarik. Stephen Hawking mengemukakan fakta bahawa lubang hitam memancarkan radiasi (yang kemudiannya dikenali sebagai Radiasi Hawking) dengan merujuk kepada hukum tenaga (physical laws of energy).

Setiap yang hidup pasti mati. Tidak terkecuali bintang-bintang kerana mereka juga “makhluk”. Mereka juga tidak lepas dari hukum lahir dan mati. Semasa sesebuah bintang “dilahirkan” di suatu penjuru cakerawala, yang lain pula mengucapkan selamat tinggal, “kami pergi dahulu, tetapi Pencipta Agung tetap abadi, dan penciptaanNya tetap berlangsung.”