
Is the ability of the measurement instrument to obtain a reading as close to the actual value.
PRECISION
Is the ability of the measuring instrument to give consistent reading.

Laman web yang sangat berguna, mengandungi maklumat - maklumat berkaitan Panitia Fizik, Modul pembelajaran fizik untuk rujukan guru dan pelajar-pelajar. Terdapat juga perkongsian-perkongsian bagi rujukan untuk matapelajaran yang lain. Alamat Perhubungan : Panitia Fizik SMK Pasir Gudang 3 Jalan Jati, Taman Air Biru 81700 Pasir Gudang Johor, Malaysia
BIDANG FIZIK
Fizik merangkumi pelbagai ilmu pengetahuan yang memberi jawapan tentang kejadian fenomena alam semulajadi. Ilmu fizik yang pelbagai itu perlu diagihkan ke dalam beberapa bidang ilmu untuk memudahkan penyelidikan yang sistematik dan logik. Untuk mendalami kefahaman tentang pelbagai fenomena alam dan aplikasinya dalam kehidupan harian, kita perlu mengelaskan fenomena secara logik ke dalam kategori-kategori yang spesifik. Pengelasan dapat dilakukan dengan memerhatikan persamaan, perbezaan dan hubungan antara fenomena.
FIZIK KLASIK
Mekanik
Termodinamik
Bunyi
Optik
Elektrik
Magnet
Gelombang Elektromagnet
FIZIK MODEN
Mekanik Kerelatifan
Teori Kuantum
Teori Kuantum Kerelatifan
Moden bukan beerti sesuatu yang baru. Begitu juga klasik bukan membawa erti sesuatu yang lama, kuno dan tidak boleh digunakan lagi. Fizik klasik berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia sehari-hari. Cabang ilmu seperti mekanik, elektrik, magnet, haba, bunyi dan optik dapat dihubungkait dengan pembinaan banggunan, jambatan, kenderaan dan tenaga elektrik.
Fizik Moden menggambarkan kewujudan konsep fizik yang begitu cepat pada abad ke-20. Konsep-konsep ini perlu dikemukakan untuk menjelaskan beberapa fenomena fizik yang berkaitan dengan fizik klasik atau yang tidak dapat diselesaikan oleh fizik klasik. Pandangan Newton tentang keadaan ruang yang mutlak tidak sesuai lagi dengan adanya teori Einstein tentang kerelatifan. Fizik Moden meliputi kajian mekanik kerelatifan dan teori kuantum. Kedua-dua teori ini masih bersandar pada mek
anik klasik.
Sekarang ini ahli fizik begitu gigih sekali meyelidiki proses subatom atau mencari zarah yang paling asas. Ahli astrofizik juga menyelidiki gejala fizik di cakerawala. Semua ini memungkinkan wujudnya teori baru di alam ini.
Copyright 2009.Fizik SMK Pasir Gudang 3 Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Images by Indeziner